• Daftar
Tarikh akhir dikemaskini pada hari Mon, 17 Nov 2014

Box

Register

*
*
*
*
*
*

Fields marked with an asterisk (*) are required.

Bahagian Teknikal

Padi, Tanaman Industri dan Florikultur

PENGENALAN

Bahagian Padi, Tanaman Industri dan Florikultur yang diluluskan di bawah penyusunan semula struktur organisasi Jabatan Pertanian, berkuatkuasa mulai 1 Julai 2005 terdiri daripada 3 Seksyen iaitu :-

  • Seksyen Padi
  • Seksyen Tanaman Industri Dan Komoditi Berpotensi
  • Seksyen Florikultur

OBJEKTIF BAHAGIAN

i. Menjana perkembangan jumlah pengeluaran padi bagi memenuhi dasar tahap saradiri (SSL) pada paras 78% dengan jumlah pengeluaran sebanyak 2.9 juta m/ton beras menjelang tahun 2015.

ii. Menjana perkembangan jumlah pengeluaran pada kadar 3.27% setahun dengan sasaran purata pengeluaran padi sebanyak 5.0 tan/ha bagi kawasan dalam jelapang dan 3.7 tan/ha bagi kawasan luar jelapang menjelang tahun 2015.

iii. Memajukan tanaman industri seperti kelapa dan kopi serta komoditi berpotensi seperti herba, rempah ratus, cendawan, lebah madu dan tanaman pelbagai.

iv. Memajukan tanaman bunga-bungaan/florikultur untuk memenuhi keperluan pasaran domestik dan eksport.

v. Membangun dan mempromosi teknologi penanaman yang mapan dan bersesuaian dalam perspektif Amalan Pertanian Baik (Good Agriculture Practice) bagi menghasilkan keluaran yang berkualiti dan selamat kepada pengguna.

FUNGSI BAHAGIAN

i. Menggalakkan pembangunan tanaman padi, tanaman industri dan komoditi berpotensi serta florikultur bagi memenuhi matlamat Dasar Pertanian Negara.

ii. Membangunkan pakej teknologi dan sistem pengurusan ladang bagi tanaman padi, tanaman industri dan komoditi berpontesi serta florikultur.

iii. Meningkatkan kemahiran agen pengembangan dalam aspek tanaman padi, tanaman industri dan komoditi berpontesi serta florikultur melalui latihan teknikal.

iv. Memberi perkhidmatan perundingan, sokongan teknikal dan khidmat nasihat kepada golongan sasar dalam teknologi pengeluaran tanaman dan pengurusan ladang.

v. Mengeluar dan membekalkan benih berkualiti dari varieti unggul (superior) bagi tujuan penanaman.

vi. Menyediakan perkhidmatan skim pengesahan benih padi dalam pengeluaran benih padi sah.

Fungsi – Fungsi Utama Mengikut Seksyen

A. Seksyen Padi

Fungsi Utama 1 :
Meningkatkan hasil pengeluaran padi

Aktiviti 1 : Melaksanakan Projek Promosi Sawah Gemilang / Promosi Spesifik
Aktiviti 2 : Memberi khidmat perancangan, pemantauan dan penilaian projek padi
Aktiviti 3 : Membuat tinjauan dan kajian kes ke atas projek
Aktiviti 4 : Memodenkan infrastruktur di kawasan sawah luar jelapang

Fungsi Utama 2 :
Menilai, mengubahsuai dan mengesyorkan Teknologi Tanaman Padi dan Pengeluaran Benih Padi Sah serta Pertanian Persis

Aktiviti 1 : Melaksanakan Projek Pembangunan Teknologi
Aktiviti 2 : Menyediakan maklumat teknologi padi untuk penerbitan

Fungsi Utama 3 :
Menyelaras, Melaksana dan Menilai Program Khidmat Rundingan dan Latihan

Aktiviti 1 : Memberi khidmat rundingan dalam bidang teknologi padi dan pengeluaran benih padi sah
Aktiviti 2 : Memberi latihan berkaitan dengan teknologi padi dan pengeluaran benih padi sah kepada pegawai teknikal
Aktiviti 3 : Memberi latihan berkaitan dengan teknologi padi dan pengeluaran benih padi sah kepada agen pengembangan dan usahawan
Aktiviti 4 : Membangunkan Pusat Kecemerlangan Padi

Fungsi Utama 4 :
Menyelaras dan Memantau Program Pembangunan Industri Padi di Negeri

Aktiviti 1 : Pangumpulan data dan maklumat tanaman padi
Aktiviti 2 : Pembangunan model peramalan hasil padi
Aktiviti 3 : Melaksanakan projek peramalan hasil padi

Fungsi Utama 5 :
Melaksanakan Skim Pengesahan Benih Padi Sah Jabatan
Pertanian

Aktiviti 1 : Melaksanakan pemeriksaan ladang benih
Aktiviti 2 : Melaksanakan pemeriksaan loji pemprosesan
Aktiviti 3 : Melaksanakan pemeriksaan stor dan stok
Aktiviti 4 : Melaksanakan ujian biji benih
Aktiviti 5 : Melaksanakan petak kawalan biji benih padi

Fungsi Utama 6 :
Mengeluarkan dan membekal benih padi berkualiti

Aktiviti 1 : Mengeluarkan benih padi sah
Aktiviti 2 : Mengeluarkan benih padi daftar
Aktiviti 3 : Melaksanakan pemeriksaan ladang
Aktiviti 4 : Melaksanakan ujian biji benih padi
Aktiviti 5 : Mengedar benih padi sah
Aktiviti 6 : Melaksanakan petak kawalan biji benih padi 

B. Seksyen Tanaman Industri & Komoditi Berpotensi

Fungsi Utama 1 :
Pembangunan Teknologi

Aktiviti 1 : Merancang dan melaksanakan petak-petak pemerhatian dan promosi teknologi.
Aktiviti 2 : Menilai , mengemaskini dan membangunkan pakej teknologi berasaskan temuan petak pemerhatian dan teknologi prospecting
Aktiviti 3 : Memindahkan pakej teknologi melalui pelaksanaan petak promosi

Fungsi Utama 2 :
Pembangunan Industri

Aktiviti 1 : Menggalakkan penanaman / pengeluaran secara komersial oleh peserta kelompok, usahawan dan pihak swasta
Aktiviti 2 : Membangunkan projek-projek Tanaman Industri dan Komoditi berpotensi
Aktiviti 3 : Memberi khidmat perundingan kepada usahawan dan pihak swasta.
Aktiviti 4 : Melatih agen-agen pengembangan dalam aspek teknikal tanaman industri dan komoditi berpotensi.

Fungsi Utama 3 :
Pengeluaran Benih

Aktiviti 1 : Membangunkan kebun benih tanaman industri dan komoditi berpotensi.
Aktiviti 2 : Mengeluar dan mengedarkan benih tanaman Industri dan komoditi berpotensi.
Aktiviti 3 : Menyelaras pembelian dan pembekalan benih kelapa hibrid dan komoditi berpotensi daripada pihak swasta

 
C. Seksyen Florikultur

Fungsi Utama 1 :
Pembangunan Industri

Aktiviti 1 : Melaksanakan projek Taman Agrotek Bunga
Aktiviti 2 : Melaksanakan projek ladang komersial bunga – bungaan dan mengujudkan pusat – pusat       kecemerlangan (CoE) bunga – bungaan
Aktiviti 3 : Melaksanakan petak promosi teknologi
Aktiviti 4 : Memberi khidmat nasihat teknikal kepada pegawai pengembangan, usahawan dan pihak swasta

Fungsi Utama 2 :
Pembangunan Teknologi

Aktiviti 1 : Menyediakan pakej teknologi tanaman florikultur
Aktiviti 2 : Melaksanakan petak pemerhatian teknologi florikultur

Fungsi Utama 3 :
Pengeluaran Benih Tanaman

Aktiviti 1 : Mengeluarkan bahan tanaman hiasan, landskap dan dedaun
Aktiviti 2 : Membimbing dan memantau pihak swasta di dalam menjalankan aktiviti pengeluaran bahan tanaman florikultur yang berkualiti

Hortikultur

PENGENALAN

Bahagian Hortikultur adalah salah satu daripada bahagian yang ditubuhkan di Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia.
 
Peranan utama Bahagian Hortikultur ialah membangunkan industri buah-buahan, sayur-sayuran & tanaman kontan yang merangkumi aktiviti-aktiviti pembangunan dan pemindahan teknologi pertanian, pengesyoran varieti tanaman, penyimpanan janaplasma buah-buahan & buah nadir, pembiakan benih tanaman terpilih, penyelenggaraan koleksi atau repositori klon buah-buahan berdaftar, pembangunan pusat kecemerlangan pertanian, perkhidmatan rundingan teknikal dan khidmat nasihat pemasaran kepada pelanggan.

Bahagian ini terdiri daripada tiga seksyen seperti berikut:-

  1. 1.Seksyen Buah-buahan
  2. 2.Seksyen Sayuran dan Tanaman Ladang
  3. 3.Seksyen Pengeluaran Benih


OBJEKTIF

  • Menggalak dan memajukan industri komoditi buah-buahan, sayuran dan tanaman kontan untuk pasaran tempatan dan eksport seiring dengan Dasar Agro Makanan (DAM).
  • Meningkatkan pengeluaran buah-buahan, sayuran dan tanaman kontan yang berkualiti, mesra alam dan selamat dimakan melalui pemindahan teknologi dan pembangunan kawasan berskala besar bagi memenuhi permintaan dalam negeri dan eksport.
  • Menggalakkan penyertaan sektor swasta dan usahawan tani dalam rantaian nilai industri buah-buahan, sayuran dan tanaman kontan secara komersil untuk meningkatkan produktiviti supaya berdaya saing di pasaran global.
  • Menggalakkan pertumbuhan industri perladangan organik untuk menghasilkan makanan bebas kimia yang dikeluarkan secara mesra alam bagi memenuhi permintaan pasaran khusus.
  • Pemuliharaan pusat aboretum dan repositori tanaman untuk menyokong pelaksanaan Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan dan memelihara sumber genetik tumbuhan supaya tidak pupus.
  • Penemusuaan antara pengeluar dengan pembekal dalam rantaian pasaran.
  • Menggalakkan amalan pertanian baik
    • Menggalak dan memastikan penggunaan varieti tanaman yang berkualiti melalui promosi varieti tanaman yang disyorkan

 

 

 

FUNGSI
Bahagian ini mempunyai fungsi utama seperti berikut:-

  • Membangunkan industri buah-buahan secara komersil dan berdaya saing di samping mempromosikan teknologi terkini bagi menyokong program pengembangan Jabatan Pertanian.
  • Membangunkan industri sayur-sayuran secara komersil dan berdaya saing di samping mempromosikan teknologi terkini bagi menyokong program pengembangan Jabatan Pertanian
  • Membangunkan industri tanaman kontan secara komersil dan berdaya saing di samping mempromosikan teknologi terkini bagi menyokong program pengembangan Jabatan Pertanian
  • Pembiakan benih dan bahan tanaman buah-buahan, sayuran dan tanaman kontan yang terpilih.
  • Pemuliharaan sumber genetik tanaman melalui pusat aboretum dan repositori tanaman.
  • Penilaian, penyesuaian, pengesahan dan pengesyoran pengamalan teknologi buah-buahan, sayur-sayuran dan tanaman kontan bagi meningkatkan kecekapan hasil potensi.
  • Penilaian, pemeriksaan dan pengesahan varieti bagi Jawatankuasa Pengesyoran Varieti Tanaman.

Khidmat akan disedia dan disiapkan dalam tempoh masa seperti yang ditetapkan dalam Piagam Pelanggan Bahagian-Bahagian Jabatan Pertanian

PERKHIDMATAN

  • Khidmat nasihat teknikal dalam pengurusan tanaman bagi semua jenis tanaman buah-buahan, sayuran dan tanaman kontan.
  • khidmat nasihat teknikal dalam bidang agronomi, daya maju projek, pengesyoran varieti, pengendalian lepas tuai dan teknologi perladangan organik bagi tanaman buah-buahan, sayuran dan tanaman kontan.
  • Mempromosikan teknologi tanaman melalui latihan hands-on dan ladang contoh
    • Menyokong Program Pensijilan Ladang, pengesahan benih tanaman dan pendaftaran varieti melalui perkhidmatan pengauditan
  • Melaksanakan aktiviti pengesyoran varieti tanaman

PROGRAM

Program Pembangunan Komoditi Tanaman
Projek: Pakej Amalan Teknologi Buah-Buahan

  • Menjalankan aktiviti verifikasi dan pemindahan teknologi baru dengan melaksanakan petak pemerhatian, promosi dan ladang contoh dalam menyokong pembangunan industri tanaman buah-buahan

Program Pembangunan Industri Tanaman Makanan
Projek: Pakej Amalan Teknologi Sayur-sayuran dan Tanaman Kontan

  • Menjalankan aktiviti verifikasi dan pemindahan teknologi baru dengan melaksana petak pemerhatian, promosi, dan perladangan organik dalam menyokong pembangunan industri tanaman sayuran dan tanaman kontan

Kemudahan Pembangunan Komoditi
Projek: Pembangunan Taman Kekal Pengeluaran Makanan Negeri

  • Menyediakan kemudahan asas dan menaiktaraf infrastruktur, membaikpulih kesuburan tanah dan pembukaan kawasan baru.

Bidang Keberhasilan Ekonomi Negara (NKEA)

Projek: EPP7 (UPGRADING CAPABILITIES TO PRODUCE FRUITS AND VEGETABLES FOR PREMIUM MARKET)

  • Meningkatkan hasil pengeluaran buah-buahan tropika di Malaysia dan pasaran eksport dan pengembangan pertanian tepat (rumah hijau) kepada sayuran tanah tinggi
  • Kumpulan sasaran adalah terdiri daripada usahawan sayur-sayuran dan buah-buahan

Pengurusan dan Pemuliharaan Sumber Tanah

Pengenalan

Bahagian Pengurusan dan Pemuliharaan Sumber Tanah adalah salah satu daripada bahagian teknikal di dalam Jabatan Pertanian yang di pertanggungjawabkan untuk memberi perkhidmatan sokongan yang berkaitan dengan pengurusan tanah.  Perkhidmatan yang diberi merangkumi aspek-aspek penyiasatan dan pengkelasan tanah, penyiasatan guna tanah, pengurusan kesuburan tanah, pemuliharaan tanah dan perkhidmatan analisis tanah, daun, air dan bahan pertanian serta baja.  Bahagian ini juga adalah pemegang amanah (custodian) dalam maklumat siasatan tanah dan gunatanah untuk Semenanjung Malaysia.  

Sehingga kini, Bahagian Pengurusan dan Pemuliharaan Sumber Tanah telah melalui pelbagai perubahan dari segi susunan organisasi, fungsi dan kualiti perkhidmatan.  Sebagai pusat simpanan dan rujukan maklumat tanah negara, Bahagian ini telah melalui proses yang aktif dalam mengumpul maklumat-maklumat asas klasifikasi tanah dan status gunatanah negara, ciri-ciri fizikal dan kimia tanah serta aspek kesuburan tanah, kecerunan dan hakisan, agroiklim, saliran dan kesesuaian aspek aspek ini terhadap tanaman.

Selaras dengan matlamat Dasar Pertanian Negara 3 (DPN3), langkah dan pendekatan bahagian ini  telah diubahsuai untuk memenuhi kehendak dan situasi semasa. Bahagian ini akan menyusun dan meningkatkan lagi pelaksanaan program Perkhidmatan Pengurusan Tanah selaras dengan kehendak dan dasar penggunaan tanah untuk pertanian terkini dan pada masa akan datang, dimana peranan Jabatan adalah tertumpu kearah peningkatan pengeluaran bahan makanan yang berkualiti dan selamat.


Objektif

  1. 1.Menjalankan penyiasatan tanah dan guna tanah seluruh Semenanjung Malaysia secara sistematik bagi membina pangkalan data tanah dan guna tanah negara.

  2. 2.Memberi khidmat nasihat teknikal pengurusan tanah dalam aspek kesuburan dan pemuliharaan tanah.

Memberi khidmat analisis makmal bagi sampel tanah, daun, baja dan air untuk tujuan pengesyoran pengurusan tanah

Fungsi

  1. 1.
  2. 2.Menjalankan penyiasatan guna tanah dan mengeluarkan peta guna tanah Semenanjung Malaysia serta perangkaan dan hasil pertanian.
  3. 3.Mengenalpasti dan memajukan teknologi pembajaan dan pengurusan kesuburan tanah yang berkesan meningkatkan produktiviti tanaman mengikut jenis tanah.
  4. 4.Memberi panduan pengurusan tanah dan air untuk mengawal hakisan dan mengurangkan pencemaran alam sekitar yang disebabkan oleh aktiviti pembangunan ke arah pertanian pembangunan mapan.
  5. 5.Menyediakan perkhidmatan analisis untuk contoh-contoh tanah, daun, baja, air dan hasil pertanian.

Kawalan Racun Perosak

 

Pendahuluan

Bahagian Kawalan Racun Perosak merupakan salah satu bahagian di dalam Jabatan Pertanian yang telah diwujudkan apabila Jabatan Pertanian disusun semula pada 1 Jun 1997. Selain daripada tugas-tugas teknikal bahagian ini bertindak sebagai urusetia kepada Lembaga Racun Makhluk Perosak bagi perlaksanaan pengurusan dan kawalan racun makhluk perosak di Malaysia, seperti yang diperuntukkan bawah Akta Racun Makhluk Perosak 1974, bagi memastikan ia mematuhi polisi semasa Lembaga dan selari dengan kehendak-kehendak pengurusan bahan kimia secara lestari yang diamalkan di peringkat antarabangsa.

Objektif

Objektif Bahagian Kawalan Racun Makhluk Perosak adalah untuk mengawal aktiviti-aktiviti yang melibatkan racun makhluk perosak bagi memastikan racun makhluk perosak dikawal dan diurus dengan baik selari dengan kehendak pembangunan mampan, dengan mengambil kira aspek-aspek keselamatan kepada manusia dan kesejahteraan alam sekitar melalui pelaksanaan Akta Racun Makhluk Perosak 1974.

Fungsi


Fungsi Bahagian Kawalan Racun Perosak:

  • Mengawal mutu, keberkesanan dan kesan negatif racun makhluk perosak yang diimport dan di kilang di negara ini melalui skim pendaftaran.
  • Mengawal pengimportan racun makhluk perosak yang tidak berdaftar bagi maksud-maksud pelajaran dan penyelidikan melalui permit import.
  • Mengawal penjualan dan penyimpanan untuk jualan racun makhluk perosak melalui pelesenan premis.
  • Mengawal penggunaan racun makhluk perosak amat berbisa.
  • Mengawal pelabelan dan pengiklanan racun makhluk perosak.
    • Mengawal pengendali kawalan makhluk perosak dengan melesenkan pengendali kawalan makhluk perosak, pemakai dan pembantu pemakai racun makhluk perosak.
  • Memberi khidmat nasihat teknikal mengenai racun makhluk perosak.
    • Bertindak sebagai agensi penyelaras untuk hal-hal berkaitan racun makhluk perosak peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
    • Menjalankan aktiviti-aktiviti pengesanan selepas pendaftaran (post-registration monitoring) seperti penguatkuasaan, pengesanan residu racun makhluk perosak dalam hasil tanaman dan alam sekitar dan sebagainya bagi menyokong program bahagian dan juga jabatan.

 
Perkhidmatan


Melalui proses-proses penilaian maklumat teknikal serta pertimbangan ke atas hasil-hasil penilaian berkenaan, bahagian ini boleh:

  • Mengeluarkan perakuan pendaftaran melalui cerakinan racun makhluk perosak , penilaian label racun makhluk perosak, penilaian ciri-ciri kimia keluaran, kemujaraban, toksikologi dan ekotoksikologi, kesan kepada alam sekitar, residu dan lain-lain.
  • Mengeluarkan permit bagi maksud-maksud pelajaran, penyelidikan, sebagai contoh pendaftaran atau piawaian pendaftaran.
  • Mengeluarkan e-permit untuk mengimport racun makhluk perosak yang berdaftar.
  • Mengeluarkan kelulusan untuk mengiklan racun makhluk perosak.
    • Mengeluarkan lesen untuk menjual atau menyimpan untuk dijual racun makhluk perosak.
    • Mengeluarkan Lesen Pengendali Kawalan Makhluk Perosak, Lesen Pemakai dan Pembantu Pemakai Racun Makhluk Perosak.
    • Mengeluarkan surat kebenaran pembelian racun makhluk perosak monocrotophos, methamidophos, acephate dan paraquat.
    • Mengeluarkan kelulusan pemyemburan udara (aerial spraying) racun makhluk perosak.
    • Mengadakan Kursus Asas Penjualan dan Penyimpanan Racun Makhluk Perosak kepada pemegang lesen menjual atau menyimpan untuk dijual racun makhluk perosak.
    • Mengadakan peperiksaan untuk Pemakai dan Pembantu Pemakai Racun Makhluk Perosak.
    • Menjalankan analisis residu racun makhluk perosak bagi menyokong aktiviti-aktiviti Jabatan Pertanian.

Projek dan Aktiviti

  • Menguatkuasakan Akta Racun Makhluk Perosak 1974

Memberikan perakuan/sijil/permit/lesen/kelulusan/surat kebenaran bagi menjalankan aktiviti-aktiviti yang terlibat dengan racun perosak seperti yang diperuntukkan bawah Akta Racun Makhluk Perosak 1974
Menjalankan serbuan dan pemeriksaan ke atas premis racun makhluk perosak, kebun, ladang dan sebagainya untuk memastikan hanya racun makhluk perosak   yang berdaftar sahaja dimport, dikilang, dijual dan digunakan dan juga memastikan peruntukan-peruntukan di bawah Akta dipatuhi.

  • Membanteras penyeludupan racun makhluk perosak yang  tidak berdaftar

Jawatankuasa Membanteras Penyeludupan Racun Makhluk Perosak  Tidak Berdaftar telah ditubuhkan pada bulan 17 Februari 2004 untuk merancang strategi-strategi mengatasi masalah seperti penyeludupan racun makhluk perosak  yang haram atau tidak berdaftar ke dalam negara. serta  penjualan/penggunaan racun tiruan

Jawatankuasa tersebut dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pertanian,  dan ahli-ahlinya terdiri daripada pihak sektor awam, Pertubuhan Bukan Kerajaan dan swasta.  Penubuhan jawatankuasa ini telah mengujudkan satu rangkai kerja antara  Jabatan Pertanian dengan Jabatan Kastam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Pesticides Action Network (PAN), Centre for Environmental Technologies (CETEC), Persekutuan Persatuan-Persatuan Pekebun-Pekebun Sayur-Sayuran Malaysia, dan Persatuan Pemeliharaan Tanaman dan Kesihatan Awam Malaysia  (MCPA) yang mewakili industri racun makhluk perosak.

Dua mekanisme utama telah dikenal pasti dan sedang dilaksanakan iaitu mekanisme pendidikan yang melibatkan kempen racun makhluk perosak  tidak berdaftar, dan mekanisme penguatkuasaan.

  • Penglibatan dalam perlaksanaan konvensyen antarabangsa

Lembaga Racun Makhluk Perosak terlibat secara langsung dan tidak langsung di dalam perlaksanaan tiga Konvensyen antarabangsa mengenai racun makhluk perosak   di peringkat antarabangsa, iaitu Konvensyen Rotterdam, Konvensyen Stockholm dan Konvensyen Senjata Kimia. Berikut adalah latar belakang konvensyen yang dimaksudkan :-

Konvensyen Rotterdam

Konvensyen Rotterdam ini telah tandatangani pada tahun 1998 dan telah mula berkuatkuasa pada 24 Febuari 2004 selepas 50 negara telah meratifikasi Konvensyen ini. Sehingga kini, sebanyak 73 negara telah menandatangani KOnvensyen ini dan 131 negara menjadi ahli kepada Konvensyen ini. Malaysia
yang telah meratifikasi Konvensyen ini pada 4 September 2002.

Sebanyak 4 Mesyuarat Conference of Parties (COP) telah diadakan, manakala satu jawatankuasa yang dikenali sebagai ‘Chemical Review Committee’ akan mengadakan 2 sessi perundingan setiap tahun bagi membuat penilaian ke atas notifikasi dan cadangan dari ahli-ahli bagi menentukan samaada sesuatu bahan kimia atau racun perosak boleh dibawa ke COP bagi memutuskan kawalannya di bawah Konvensyen

Pada masa ini terdapat 37 bahan kimia yang telah disenaraikan di bawah Konvensyen Rotterdam di mana 29 daripadanya adalah racun  makhluk perosakdan 8 adalah kimia idustri. Bagi Malaysia, Lembaga Racun Makhluk Perosak adalah Dasignated National Authority (DNA) untuk racun  makhluk perosak sementara Jabatan Alam Sekitar adalah DNA bagi kimia industri. Urus Setia Lembaga sentiasa memaklumkan kepada PIC Secretariat  status kawalan import dan eksport semua racun  makhluk perosak yang tertakluk kepada Konvensyen ini. Jabatan Alam Sekitar pula telah mengambil tindakan yang sama bagi bahan kimia industri;

Pegawai-pegawai dari Bahagian Kawalan Racun Perosak juga terlibat secara aktif di dalam mesyuarat-mesyuarat bawah Konvensyen ini sebagai wakil Lembaga Racun Makhluk Perosak.

Konvensyen Stockholm

Konvensyen Stockholm diwujudkan bagi mengawal dan menghapuskan pengeluaran dan penggunaan bahan kimia dalam kumpulan Persistent Organic Pollutants (POPs)

Konvensyen ini telah dibuka untuk ditandatangani pada 16 Mei 2002. konvensyen ini telah berkuat kuasa pada Mei 2004 setelah 50 buah negara telah membuat ratifikasi atau accession dan sehingga 8 April 2009, sebanyak 163 negera membuat ratifikasi.

Setakat ini Konvensyen Stockholm telah mengadakan 6 kali “Inter-Governmental Negotiation Committee” (INC) dan 4 kali Mesyuarat “Conference of the Parties”(COP).  COP bermesyuarat setiap dua tahun sekali untuk mengkaji semula operasi dan perlaksanaaan konvensyen ini serta membuat keputusan terhadap bahan kimia baru yang sama ada boleh disenaraikan sebagai POPs.

Terdapat sebanyak 12 jenis POPs yang dikawal di bawah Konvensyen ini di mana 9 daripadanya adalah racun makhluk perosak  dan 3 adalah bahan kimia industri (termasuk 2 bahan kimia yang dilepaskan secara tidak sengaja).

Bagi melaksanakan Konvensyen ini di Malaysia,  Kementerian Sains Teknologi dan Alam Sekitar telah dilantik sebagai Focal Point  manakala Lembaga Racun Makhluk Perosak   dan Jabatan Alam Sekitar adalah agensi pelaksana untuk program tertentu. Lembaga telah menamatkan pendaftaran semua racun  makhluk perosak POPs yang disenaraikan di bawah Konvensyen Stockholm di Malaysia, di mana sebahagian besarnya telahpun diambil tindakan sebelum Konvensyen ini diwujudkan

Pegawai-pegawai BKRP juga terlibat secara aktif menyertai mesyuarat-mesyuarat yang berkenaan dengan KOnvensyen ini , termasuk penglibatan secara langsung bersama-sama Jabatan Alam Sekitar di dalam rancangan untuk membangunkan National Implementation Plan bagi Malaysia melalui projek tajaan Global Environmental Facilities (GEF), bagi maksud perlaksanaan Konvensyen ini.;

Konvensyen Senjata Kimia

Tujuan Konvensyen ini diwujudkan adalah bagi menghalang pengeluaran, pembelian, penyimpanan dan penggunaan senjata kimia. Ia juga bertujuan  bagi menghapuskan senjata kimia dan kelengkapan pengeluaran sedia ada.
 
Konvensyen ini telah berkuat kuasa selepas 180 hari daripada 29 April 1997 apabila 65 negara telah membuat ratifikasi. Pada masa ini bilangan negara yang menganggotai Konvensyen ini adalah 143 termasuk Malaysia.
 
Bagi melaksanakan Konvensyen ini di Malaysia, Wisma Putra telah dilantik sebagai penyelaras National Authority  yang juga turut dianggotai oleh beberapa agensi kerajaan termasuk Lembaga Racun Makhluk Perosak, yang memberi input teknikal kepada National Authority, selain terlibat di dalam penggubalan Akta baru bagi mengawal senjata kimia di Malaysia;
 
Lembaga Racun Makhluk Perosak menerusi pegawai di bahagian ini telah menyertai beberapa bengkel dan kursus anjuran Organisation for Prevention of Chemical Weapons (OPCW) bagi membantu melaksanakan Konvensyen ini di Malaysia. Lembaga juga menyumbangkan perkhidmatan dua orang pegawai dari BKRP sebagai ”National Inspector” di bawah Akta Senjata Kimia 2005 yang ditubuhkan mengikut kehendak Konvensyen ini.

  • Program kitar semula bekas racun

Objektif Program Kitar Semula Bekas Racun  makhluk perosak adalah untuk memastikan bahawa pelupusan bekas-bekas kosong racun  makhluk perosak dapat dikendalikan dengan teratur untuk memelihara kesejahteraan alam sekitar selaras dengan kehendak Amalan Pertanian Baik (APB).

Program ini juga bertujuan untuk mengelakkan berlakunya kemungkinan salah guna bekas racun tersebut yang boleh mengakibatkan risiko terhadap kesihatan manusia, organisma bukan sasar dan alam sekitar.
Bekas racun  makhluk perosak yang hendak dilupuskan dimanfaatkan untuk dijadikan barangan kitar semula untuk kegunaan industri bukan makanan.

Program Kitar Semula Bekas Racun  makhluk perosak telah mula dilaksanakan sebagai projek perintis di Cameron Highlands pada tahun 2003. Berikutan kejayaan projek perintis tersebut program ini telah di perluaskan pada tahun 2004 ke beberapa kawasan lain iaitu di Tangkak, Johor, Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADP) Barat Laut Selangor dan dalam tahun 2007 perladangan kelapa sawit di Johor dan  di Perak turut terlibat dengan program ini dibawah pelaksanaan dan pendekatan  Roundtable on Sustainable Palm Oil (RSPO).


Modus Operandi Pelaksanaan Program Kitar Semula Bekas Racun

Penubuhan 2 jawatankuasa:

  1. 1.Jawatankuasa Program Kitar Semula Bekasmakhluk perosak (Peringkat Pusat).

Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pertanian (Operasi).   Bahagian Kawalan Racun  Makhluk Perosak, Jabatan Pertanian dilantik sebagai urus setia. Ahli-ahlinya terdiri daripada semua Pengerusi dan urusetia Jawatankuasa Pelaksana Program Kitar Semula Peringkat Negeri serta agensi/jabatan kerajaan di samping wakil industri dan NGO berkaitan. Jawatankuasa akan bermesyuarat  4  bulan sekali.
 
Peranan dan tanggung jawab jawatankuasa ini ialah  merancang, menilai, mengenalpasti kelemahan pelaksanaan program yang dijalankan, memantau dan seterusnya mengambil tindakan sewajarnya.

  1. 2.Jawatankuasa Program Kitar Semula Bekas Racun (Peringkat Negeri).

Jawatankuasa ini dipergerusikan oleh Pengarah Pertanian Negeri masing-masing  dan Unit Kawalan Racun Perosak di negeri berkenaan menjadi urus setia kepada jawatan kuasa tersebut.  Ahli-ahlinya terdiri daripada pemimpin tempatan, badan-badan bukan kerajaan, wakil-wakil industri, persatuan-persatuan petani tempatan, sektor perladangan, agensi-agensi berkaitan termasuklah pejabat daerah, majlis daerah, pengedar/penjual racun  makhluk perosak, pejabat pelajaran dan syarikat  pelupusan/kitar semula tempatan.   Ahli-ahli tambahan  akan ditentukan dan dipersetujui oleh JawatanKuasa sekiranya perlu. Jawatankuasa akan bermesyuarat  setiap bulan terutama pada awal pelaksanaan.
 
Peranan dan tanggungjawab jawatankuasa ini ialah merancang, menyelaras segala pelan tindakan dan pelaksanaan dalam menjayakan program kitar semula  bekas racun   makhluk perosak di kawasan masing-masing.
 

Penambahbaikan Pelaksanaan Program Kitar Semula Bekas Racun

  • Jawatankuasa Program Kitar Semula Bekas Racun  makhluk perosak Peringkat Pusat telah menggariskan pendekatan berikut dalam usaha menambahbaikan pelaksanaan program:
  • Pengarah Pertanian Negeri dikehendaki memainkan peranan lebih agresif dalam usaha menjadikan sistem pelupusan bekas racun makhluk perosak yang betul serta teratur sebagai satu keperluan Amalan Pertanian Baik (APB).
  • Pelaksanaan program ini perlu dijadikan sebagai satu AGENDA dalam mesyuarat pembangunan peringkat negeri bagi tujuan pemantauan.
  • Menggunakan apa sahaja platform sedia ada untuk menggerakkan program ini.
    • Melaksanakan program ini dalam setiap projek-projek pertanian termasuk projek MoA Inc.
    • Pegawai Pertanian Daerah perlu memainkan peranan lebih aktif dalam menjayakan pelaksanaan program ini.
    • Seksyen Penilaian Teknikal, Bahagian Kawalan Racun  makhluk perosak  dikehendaki menyedia poster dan risalah menegenai ’Kitar Semula Bekas Racun  makhluk perosak’ dan ’Bilas Tiga Kali’  dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil.
       

 

  • Perkhidmatan cerakinan racun makhluk perosak 

Pada masa ini Bahagian Kawalan racun makhluk perosak (BKRP) mempunyai makmal-makmal seperti berikut :

- Makmal Ibu Pejabat, Kuala Lumpur
- Makmal Wilayah Cameron Highlands, Pahang 
- Makmal Wilayah Selatan, Ayer Hitam, Johor. 

Sebuah lagi makmal sedang dibina di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan iaitu di Besut, Terengganu bagi memberikan khidmat kepada petani-petani di pantai timur.  Makmal-makmal di Cameron Highlands dan Ayer Hitam hanya menjalankan analisis penentuan residu racun  makhluk perosak dalam hasil pertanian sahaja manakala makmal di ibu pejabat terbahagi kepada tiga iaitu :

  • Makmal Perumusan yang menjalankan analisis kawalan mutu racun  makhluk perosak untuk tujuan pendaftaran dan juga penguatkuasaan di bawah Akta Racun Makhluk Perosak   1974.  Selain pelaksanaan kehendak Akta, Makmal Perumusan juga memberikan khidmat analisis kepada Jabatan-Jabatan Pertanian Negeri dan agensi-agensi kerajaan yang lain.
  • Makmal Residu yang menjalankan analisis bagi menentukan residu racun makhluk perosak  dalam sampel-sampel hasil pertanian untuk tujuan pemantauan, persijilan dan sokongan eksport.
  • Makmal `Environmental Fate’ yang menjalankan analisis bagi menentukan residu racun  makhluk perosak dalam sampel-sampel daripada ekosistem untuk tujuan pemantauan.

Perlindungan Tanaman dan Kuarantin Tumbuhan
 

Objektif

  1. 1.Mengawal serangan bagi mengurangkan kerugian hasil tanaman disebabkan oleh perosak tanaman
  2. 2.Menjaga keselamatan pertanian negara melalui pencegahan kemasukan dan kemerebakan perosak asing termasuk agen biotik seperti 'effective micro-organism' dan Genetically Modified Organism (GMO)
  3. 3.Mengawal pergerakan keluar bahan tumbuhan atau janaplasma yang bernilai dan berkepentingan kepada negara melalui pengeluaran Lesen Eksport dan Permit CITES bagi spesies tumbuhan yang terancam pupus.
  4. 4.Memudahkan pengimportan dan menggalakkan eksport dan eksport semula bahan-bahan pertanian melalui pengeluaran Sijil Fitosanitasi, permit import dan perkhidmatan kuarantin selepas masuk.
  5. 5.Memanfaatkan penggunaan organisma-organisma berfaedah dalam bidang pertanian dengan membangunkan dan memajukan projek-projek seperti burung pungguk jelapang dan cacing.
  6. 6.Menangani masalah semasa mengenai perdagangan melibatkan bahan dan hasil Pertanian menerusi penglibatan dalam agensi seperti International Plant Protection Convention (IPPC), Asia And Pacific Plant Protection Commission (APPPC), ASEAN Cooperation dan lain lain

 Fungsi

  • Melindungi sektor pertanian negara daripada serangan dan kemerebakan penyakit dan perosak.melalui khidmat perundingan serta kepakaran dan program-program kawalan dalam bidang perlindungan tanaman dan kuarantin tumbuhan
     
  • Menjaga keselamatan pertanian dan melindungi negara daripada perosak asing melalui perlaksanaan penguatkuasaan Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 dan Peraturan-Peraturan Kuarantin Tumbuhan 1981 serta penguatkuasaan Akta Kastam dan CITES untuk menjaga kepentingan negara supaya bahan tumbuhan dan janaplasma yang bernilai tinggi dari segi genetik dan komersial tidak keluar dari negara

 

Pengumuman Terkini

  • 1
  • 2
  • 3
Prev Next

TINDAKAN SEGERA

17-11-2014

Semua kakitangan Jabatan Pertanian Negeri Pahang diminta untuk mengisi borang Kajian Kepuasan Bekerja Jabatan Pertanian Julai - Disember 2014 secara...

Selanjutnya...

Wallpaper 5S

28-10-2014

Bagi tujuan pengemaskinian aktiviti 5S Jabatan Pertanian Negeri Pahang, kakitangan jabatan diminta untuk muat turun Wallpaper 5S (Klik disini). Terima...

Selanjutnya...

5S JABATAN PERTANIAN PAHANG

24-09-2014

5S JABATAN PERTANIAN PAHANG

  Klik pada Logo 5S untuk muaturun Wallpaper 5S

Selanjutnya...

Statistik Pengunjung

1002415
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
44
1139
3141
992554
24731
36916
1002415

Undian

Apakah yang anda cari di portal ini?

Info pertanian - 75%
Pertanyaan - 25%
Maklumbalas - 0%
Aduan - 0%

Total votes: 8
The voting for this poll has ended on: 31 Dec 2013 - 00:00

E-MAKLUMBALAS

KHIDMAT NASIHAT ATASTALIAN
(Kami Sedia Membantu Anda)

Portal MYGOV Laman Web Ketua Setiausaha Malaysia iconmoa iconjpnp iconsuk Laman Web PEMUDAH Portal Rasmi MAMPU
Portal Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam Laman Web Institut Integriti Malaysia (IIM) Laman Web 1Malaysia Laman Web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Laman Web Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia Laman Web MSC Malaysia MyGov Mobile