• Daftar
Tarikh akhir dikemaskini pada hari Wed, 23 Jul 2014

Box

Register

*
*
*
*
*
*

Fields marked with an asterisk (*) are required.

Skim Organik Malaysia

SKIM ORGANIK MALAYSIA (SOM)

Logo SOM

 

 1. Pengenalan

SOM ialah sebuah program pensijilan yang dibangunkan oleh Jabatan Pertanian untuk mengiktiraf ladang-ladang yang diusahakan secara organik mengikut kriteria dan keperluan yang telah ditetapkan dalam Standard Skim Organik Malaysia (SOM).

Standard SOM adalah berasaskan kepada Malaysian Standard MS1529:2001 The Production, Processing, Labelling and Marketing of Plant Based Organically Produced Foods.

Standard SOM juga merangkumi syarat-syarat dan kriteria yang terbit dari peruntukan dalam undang-undang untuk mengawal hazard yang mempunyai impak ke atas alam sekitar, keselamatan makanan dan kesihatan dan keselamatan pekerja.

Untuk mendapatkan Standard SOM dan Garis Panduan Pelaksanaan Perladangan Organik Bagi SOM, klik pautan seperti di bawah:

  • Standard SOM Versi Inggeris (pdf)
  • Garis Panduan Perladangan Organik bagi SOM (1,2,3,4 )
  • Pelan Tindakan SOM (pdf)
  • Rekod Ladang SOM

    2. Faedah-faedah SOM

    Faedah kepada pengeluar
    Hasil yang dikeluarkan dari ladang telah diberi pensijilan boleh dilabelkan sebagai produk organik dan berhak menggunakan Organik Malaysia di atas produk mereka.  Dengan label ini, produk tersebut boleh dipasarkan sebagai produk organik dengan harga yang setimpal.

    Faedah kepada pengguna
    Pengguna mendapat keyakinan bahawa produk yang dibeli adalah benar-benar organik dan tidak mengandungi sisa-sisa kimia yang tidak diingini kerana telah mematuhi piawaian organik Malaysia.

    Faedah kepada alam sekitar dan pekerja
    Oleh kerana baja dan racun perosak kimia dilarang penggunaannya di bawah sistem perladangan organik, secara langsung pencemaran kepada alam sekitar atau berlaku kes-kes keracunan di kalangan pengusaha dan pekerja dapat dielakkan.

    3. Carta aliran kerja SOM

    Carta aliran kerja bagi pensijilan SOM


Skim Amalan Ladang Baik Malaysia(SALM)

Logo SALM

 

  1. 1.Pengenalan

 

SALM ialah satu skim pensijilan yang dirangka oleh Jabatan Pertanian untuk memberi pengiktirafan kepada ladang-ladang yang mengamalkan Amalan Pertanian Baik (APB) berkonsepkan mesra alam sekitar, menjaga kebajikan dan keselamatan pekerja bagi menghasilkan produk yang berkualiti, selamat dan sesuai dimakan. 

 

Skim ini berpandukan kepada Standard Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM) dan berdasarkan kepada Malaysian Standard MS1784:2005 Crop Commodities – Good Agricultural Practice (GAP).

 Untuk mendapatkan Standard SALM, klik pautan berikut :

 

Standard SALM (pdf)

2. Proses Pensijilan SALM

Proses untuk pensijilan melibatkan kerja-kerja pemprosesan, permohonan, pemeriksaan ladang dan kawasan, verifikasi amalan ladang, analisis hasil ladang, penilaian dan kelulusan oleh Jawatankuasa Pensijilan.

 

 

3. Carta aliran kerja SALM
Carta aliran kerja bagi pensijilan SALM (pdf)


Pemprosesan Makanan

Good Manufacturing Practice - GMP

AMALAN PERKILANGAN YANG BAIK (GOOD MANUFACTURING PRACTICE- GMP)

PENGENALAN

Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP) telah diwujudkan bagi membantu industri untuk mencapai piawai pengeluaran makanan yang lebih tinggi bagi memenuhi kehendak-kehendak keselamatan makanan dan kehendak negara. Permohonan untuk mendapatkan sijil ini adalah terbuka kepada semua jenis pengusaha premis makanan samada pemprosesan, pembungkusan, penyimpanan dan pengedaran makanan.

KRITERIA PERMOHONAN

Industri makanan yang memohon Sijil GMP perlu memenuhi kriteria-kriteria berikut:

1. Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, dan
2. Mempunyai lesen atau kelulusan daripada kerajaan tempatan atau agensi kerajaan yang lain.
3. Mempunyai manual GMP dengan kandungan minuman seperti dalam GARIS PANDUAN SKIM PENSIJILAN GMP.
4. Program GMP telah dilaksanakan sekurang-kurangnya dua (2) bulan sebelum permohanan dikemukakan.

PROSEDUR PERMOHONAN

Permohonan hendaklah dibuat dengan borang SGMP1-1/06 yang diperolehi daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia, atau Jabatan Kesihatan Negeri-negeri.

Borang tersebut dilengkapi dan dikemukakan bersama-sama dua (2) salinan Manual GMP dan bayaran pemprosesan sebanyak RM 130.00 ke alamat berikut:

Pengarah
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 3, Blok E7, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya.

PROSEDUR PENSIJILAN

1. Peringkat Semakan Borang Permohonan
2. Audit Pematuhan
3. Audit Pemantauan
4. Jawatankuasa Pensijilan GMP
Segala maklumat boleh diperolehi daripada Garis Panduan Skim Pensijilan GMP

Tempoh sahlaku sijil GMP adalah tiga (3) tahun daripada tarikh sijil dikeluarkan dan pembaharuan perlu dikemukakan dengan borang serta bayaran pembaharuan sijil.

Muat Turun

Skim Pensijilan GMP (pdf, 46Kb)

Borang GMP (pdf, 273KB)


Good Hygience Product

GARIS PANDUAN AMALAN KEBERSIHAN YANG BAIK (GOOD HYGIENE PRACTICES (GHP) UNTUK INDUSTRI MAKANAN SKALA KECIL DAN SEDERHANA (IKS)

Secara keseluruhan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) memainkan peranan penting di dalam pembangunan ekonomi negara melalui pengagihan keuntungan dan pewujudan peluang-peluang pekerjaan oleh industri ini.

Kerajaan sentiasa memberi sokongan padu ke atas perkembangan dan pertumbuhan industri kecil dan sederhana (IKS) dengan menyediakan pelbagai bantuan dan insentif samada dari segi kewangan, latihan, pendedahan teknologi terkini dan sebagainya bagi meningkatkan lagi taraf IKS di negara ini.

Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengambil inisiatif untuk menyediakan garispanduan “Amalan Kebersihan Yang Baik” sebagai rujukan untuk mempertingkatkan pengetahuan berkaitan amalan kebersihan yang sepatutnya dipraktikkan oleh IKS.

Muat Turun

Skim Pensijilan GHP (pdf, 176Kb)


Pendaftaran di bawah Akta

Pendaftaran Varieti Baru Tumbuhan

-ENGLISH VERSION ONLY-

Plant Breeders' Rights also called Plant Variety Protection (PVP), is a form of Intellectual Property Rights (IPRs). It is an exclusive right granted to breeders of new varieties to exploit their varieties and has features that are in common with patents for industrial inventions. Both forms of protection grant to their holders a form of exclusive right to pursue innovative activity.

PVP may also be compared with copyright, as PVP enables the reproduction (copying) of protected plant varieties to be constrained by the owner of the protected variety. PVP is an independent sui generis form of protection tailored for the purpose of the protection of new plant varieties. It has certain features that are common with other IPRs but have, at the same time, fundamental differences.

Since the early 19th century, in agriculture and forestry, the introduction of new varieties is an essential component to maintain and sustain good and high crop productivity and quality. New varieties are constantly being bred for higher yields, for better agronomic traits like taste, for resistance against pest or diseases, for tolerance to saline or drought conditions etc.

The Malaysian government has realized the importance of PVP for the development of the country. Malaysia, a member of World Trade Organization (WTO) and a signatory to the TRIPS Agreement, which under Article 27.3 (b), stipulates that member countries shall provide for the protection of plant varieties by a patent or by an effective sui generis system or by any combination thereof. As such, Malaysia is able to fulfill its obligation of Article 27.3 (b) for the TRIPS Agreement with the introduction of the PVP legislation.

With the PVP legislation, growers are in a better position to have access to new and improved varieties for commercial growing. Temperate flower growers in Malaysia, for example, are facing problem in getting new varieties from Netherlands and other countries which bred these varieties. The extension of rights to harvested material further complicates the issue. The objective of the Act is to provide for the protection of the rights of breeders of new plant varieties, and the recognition and protection of contribution made by farmers, local communities and indigenous people towards the creation of new plant varieties; to encourage investment in and development of the breeding of new plant varieties in both public and private sectors; and to provide for related matters.

The Department of Agriculture (DOA) has been registering fruit clones since the early 1930's and was officially as to be the National Registrar of Varieties in 1994 by the Ministry of Agriculture. The responsibility in implementing the PNPV Act 2004 has been entrusted to the DOA Malaysia.

The PNPV Act is a pan-Malaysian by nature, which is applicable to all plants but excludes microorganisms. IPR protection of new variety is granted via a registration process based on validation of plant characteristics that distinguishes it from other varieties.

Under this PNPV Act, the scope of a breeder's right extends to acts carried out on a commercial basis including producing or reproducing, conditioning for the purpose of propagation, offering for sale, marketing, exporting, importing and stocking the material for the earlier activities. Hence, unauthorized conduct of such acts will constitute an infringement under the PNPV law.

However, there is a limitation to breeder's right under this Act. The limitation include any act done privately on a non-commercial basis or for an experimental purpose or any act done for the purpose of breeding other plant varieties, propagation by small farmers using harvested material of the registered plant variety planted on their own holding, exchange of reasonable amount of propagating materials among small farmers and the sale of farm-saved seeds in situations where non-usage is beyond the control of the farmer.

The person who may apply for registration of new plant variety and grant a breeder's right are a breeder, the employer of the breeder, the successor in the title of the breeder, a farmer or group of farmers, local community or indigenous people who have carried out the functions of a breeder and any government or statutory body which has carried out the functions of a breeder. However, if the applicant's ordinary residence or principal place of business is outside Malaysia or if the applicant is a group of farmers, the applicant should appoint an agent who is a resident or who has a registered office in Malaysia. Besides that, if the applicant is a local community or an indigenous people, the authority representing the local community or indigenous people shall be the agent.

The condition for registration of new plant varieties and the granting of breeder's right is that the plant variety is new, distinct, uniform and stable. Notwithstanding, where a plant variety is bred, or discovered and developed by farmers, local community or indigenous people, the plant may be registered as a new plant variety and granted a breeder's right if the plant variety is new, distinct and identifiable.

The plant variety is new if on the filling date of application for registration and grant of a breeder's right the propagating or harvested material has not been sold or otherwise disposed off on a commercial basis by or with the consent of the breeder earlier than one year within Malaysia, and in other countries, are earlier than six years in respect of trees and vines and earlier than four years in respect of other plant varieties.
Apart from the Procedure and Conditions for Application of Registration of New Plant Variety and Grant of Breeder's Right, Rights, Limitations and Duties of a Holder, the Protection of New Plant Variety (PNPV) Act 2004 provides for :

Establishment and management of the Malaysian Plant Varieties Board to govern the overall granting of breeder's rights;
Issuance of Compulsory Licence;
Invalidation, Revocation, Surrender and Assignment or Transmission of right;
Setting up of an Appeal Board to hear appeals from aggrieved parties;
Infringement and process for claims for damages;
Offences and penalties; and
Enforcement and investigations
for more latest information, please visit Malaysia Plant Variety Protection website at http://pvpbkkt.doa.gov.my

Pendaftaran/Pendaftaran Semula Racun Makhluk Perosak

Suatu permohonan untuk pendaftaran atau pendaftaran semula sesuatu racun makhluk perosak hendaklah dibuat kepada Lembaga Racun Makhluk Perosak dalam Borang A (muat turun borang permohonan ).

Permohonan yang berasingan hendaklah dibuat bagi racun makhluk perosak yang berlainan.

Pertubuhan perbadanan yang mengemukakan sesuatu permohonan kepada Lembaga untuk pendaftaran atau pendaftaran semula sesuatu racun makhluk perosak hendaklah sebuah syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125].


Bayaran permohonan

Bayaran bagi permohonan untuk pendaftaran atau pendaftaran semula sesuatu racun makhluk perosak ialah seribu lima ratus ringgit dan dibayar semasa permohonan dibuat. Bayaran permohonan yang dibayar tidak boleh dikembalikan.

Bayaran pendaftaran

Bayaran bagi pendaftaran atau pendaftaran semula sesuatu racun makhluk perosak mengikut kelas yang diperuntukkan bagi racun makhluk perosak sebagaimana yang ditetapkan dalam subsubperenggan 4(j)(i) Peraturan-Peraturan Racun Makhluk Perosak (Pelabelan) 1984 [P.U. (A) 251/1984] seperti yang berikut:

(a) tiga ribu lima ratus ringgit bagi racun makhluk perosak Kelas 1a dan Kelas 1b;
(b) dua ribu ringgit bagi racun makhluk perosak Kelas II;
(c) satu ribu ringgit bagi racun makhluk perosak Kelas III; dan
(d) lima ratus ringgit bagi racun makhluk perosak Kelas IV,


dan kena dibayar sebelum perakuan pendaftaran dikeluarkan.


Pegawai Penghubung:

Nama : Nik Haselina Binti Nik Hassan
Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
No. Telefon : 03-20301478
No. Faks : 03-26917551
Alamat : Bahagian Kawalan Racun Perosak
Tingkat 4-6 Wisma Tani
Jalan Sultan Salahuddin
50632 Kuala Lumpur


Carta alir pemprosesan permohonan yang diterima:

Kursus & Latihan

Artikel

Pengumuman Terkini

TAKZIAH KEPADA MH17

18-07-2014

TAKZIAH KEPADA MH17

Jabatan Pertanian Negeri Pahang merakamkan ucapan takziah kepada keluarga penumpang penerbangan MAS Airlines MH17. Semoga tabah menghadapi dugaan yang melanda.

Selanjutnya...

Statistik Pengunjung

829309
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
323
632
2631
820970
323
26346
829309

Undian

Apakah yang anda cari di portal ini?

Info pertanian - 75%
Pertanyaan - 25%
Maklumbalas - 0%
Aduan - 0%

Total votes: 8
The voting for this poll has ended on: 31 Dec 2013 - 00:00

E-MAKLUMBALAS

KHIDMAT NASIHAT ATASTALIAN
(Kami Sedia Membantu Anda)

Portal MYGOV Laman Web Ketua Setiausaha Malaysia iconmoa iconjpnp iconsuk Laman Web PEMUDAH Portal Rasmi MAMPU
Portal Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam Laman Web Institut Integriti Malaysia (IIM) Laman Web 1Malaysia Laman Web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Laman Web Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia Laman Web MSC Malaysia MyGov Mobile