Artikel Disumbang oleh : Pengurusan Taman Pertanian
Taman Pertanian mula dibangunkan pada tahun 1988 sebagai Muzium Tanaman dan mula dibuka kepada orang ramai pada tahun 1991 sebagai Taman Pertanian Indera Mahkota, Kuantan. Pada tahun 1999 Taman Pertanian telah dirasmikan oleh KDYMM Sultan Pahang sebagai Taman Pertanian Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah.
Taman ini adalah sebuah taman ’agro-forestry’ yang mengadunkan pelbagai aktiviti pertanian dengan keindahan alam semulajadi.
OBJEKTIF
1. Mengujudkan dusun tanaman yang ekonomik terutama buah-buahan yang boleh dijadikan contoh kepada petani serta pengusaha pertanian.
2. Memelihara jenis pokok yang berkemungkinan akan pupus jika tidak diberi perlindungan.
3. Mengujudkan koleksi berbagai jenis tanaman yang berpotensi yang boleh dijadikan sumber germplasma di masa hadapan.
4. Sebagai sumberkajian dan kajian ahli sains dan pelbagai pihak seperti pelajar institusi pengajian tinggi.
5. Mengujudkan kawasan hijau kepada Bandar Kuantan yang pesat membangun.
6. Mengujudkan sebuah ’public park’ untuk tujuan rekreasi dan tarikan pelancong.
DUSUN BUAH BUAHAN (FRUITS FARM)
| LUAS KAWASAN | 104 HEKTAR |
|
TANAMAN BUAH BUAHAN BERMUSIM |
1. DURIAN - 50 SPESIS (D2, D24, D99, D123, D145, D158 dll) 2. MANGGIS DAN MESTA 3. DOKONG 4. CEMPEDAK 5. RAMBUTAN |
|
TANAMAN BUAH BUAHAN TIDAK BERMUSIM |
1. BELIMBING 2. LIMAU MANIS 3. MANGGA 4. NANGKA 5. SUKUN 6. ANGGUR 7. KELAPA PANDAN |

|
AKTIVITI HARI KELUARGA, RIADAH, MEMANCING, MAJLIS PERKAHWINAN |
|
SEWA JORAN RM 10.00 / JORAN |
SEWA TAPAK EKSPO RM 250.00 / HARI |

|
KEMUDAHAN DISEDIAKAN |
- DEWAN MAKAN - DEWAN KULIAH - SURAU - CHALET - KHEMAH |
Luas Kawasan Yang Dibangunkan 104 HEKTAR
| Dusun Buah-Buahan | 37.0 hektar |
| Kawasan Tanaman Industri | 4.0 hektar |
| Kawasan Rempah Ratus | 4.2 hektar |
| Kawasan Perkhemahan | 4.0 hektar |
| Hutan Lipur | 24.0 hektar |
| Kawasan Rekreasi | 2.4 hektar |
| Arboretum | 8.6 hektar |
| Tapak Ekspo | 5.0 hektar |
| Hentian Rehat | 6.0 hektar |
Aktiviti-Aktiviti Yang Boleh Dilaksanakan
Pelbagai aktiviti rekreasi boleh dilaksanakan di sini di antaranya seperti Pertandingan Memancing, Hari Keluarga, Sukaneka, Majlis Perkahwinan, Acara Larian dan Agro Race. Taman Pertanian JPSHAS juga sering menjadi lokasi bagi aktiviti pameran, jualan dan demonstrasi sempena Pesta Buah-buahan dan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan.
Bagi yang ingin melaksanakan aktiviti perkhemahan kemudahan perkhemahan disediakan bagi program kursus atau latihan berbentuk motivasi. Di antara kemudahan yang disediakan adalah seperti berikut:
- Kem Meranti - 22 khemah ( 256 orang ), Dewan Makan, Dewan Kuliah, Surau, Tempat Memasak, Bilik Mandi & Tandas.
- Kem Chengal - 21 khemah ( 116 orang ). Kemudahan seperti Kem Meranti kecuali surau.
Aktiviti lasak seperti kembara berhalangan, abseiling, river crossing dan flying fox turut disediakan.
Jalan siarkaki sepanjang 1400 kaki juga disediakan untuk pengunjung menikmati keindahan flora dan fauna, ’bird watching’ serta menjalankan aktiviti ’night walk’ di dalam kawasan hutan lipur. Hutan yang kaya dengan pelbagai khazanah flora dan fauna ini menjanjikan suasana damai alam semulajadi yang pastinya mencetus rasa cinta manusia kepada alam dan penciptaNya.
19-06-2013
Satu majlis Perasmian dan Penutupan Kursus Motivasi untuk peserta azam tani Jabatan Pertanian Negeri Pahang akan diadakan pada tempat dan...
Selanjutnya...17-06-2013
Selamat Melayari Laman Web Negeri Pahang
Selanjutnya...