Latihan Dan Kemajuan Kerjaya Pembangunan Petani Dan Usahawan Sayuran Dan Tanaman Ladang Tanaman Industri Dan Bunga Tanaman Buah-Buahan
Kejuruteraan Pertanian Pengesahan Dan Penilaian Regulatori Sokongan Komunikasi Kesuburan Tanah

SEKSYEN LATIHAN DAN KEMAJUAN KERJAYA

MATLAMAT  

Program Latihan Pertanian adalah penting dalam membangunkan sumber manusia bagi menggerakkan transformasi sektor lebih dinamik, moden, komersil dan mampan.

Membimbing  petani  dan pengusaha pertanian  memaksimumkan produktiviti ladang dan pendapatan melalui latihan teknikal, pengurusan, motivasi dan keusahawanan.

Meningkatkan kebolehan pegawai-pegawai Jabatan Pertanian supaya mampu memberi bimbingan, latihan dan tunjuk ajar yang berkesan kepada petani.

Meningkatkan kemudahan latihan di pusat-pusat Latihan Pertanian supaya bertepatan dengan standard kualiti semasa.


FUNGSI

Seksyen ini bertanggungjawab dan berperanan untuk melatih kakitangan Jabatan dan petani dengan pengetahuan-pengetahuan dalam bidang pertanian dan yang berkaitan dengannya supaya mereka lebih mahir di dalam usaha untuk meningkatkan produktiviti kerja. Jenis-jenis latihan termasuk kursus-kursus, lawatan sambil belajar dan sebagainya.


STRATEGI  

Mengendalikan kursus pegawai dan petani di pusat-pusat Latihan Pertanian Negeri di KM 13, Jalan Kuantan-Pekan dan Pintu Padang, Raub.

Menghantar pegawai dan petani berkursus di Institut Latihan Jabatan (di ILPP dan PLPP) dan agensi lain seperti INTAN, MARDI dan sebagainya.

Mengendalikan kursus insentif untuk petani di luar pusat latihan iaitu di peringkat projek kelompok.

Menyelaras dan membantu perlaksanaan kursus-kursus sehari untuk petani di projek-projek kelompok yang dikendalikan oleh peringkat daerah.

Menganjurkan dan menyelaras lawatan-lawatan sambil belajar untuk petani dan pegawai di dalam dan di luar Negeri Pahang.

Menganjurkan seminar, konvensyen, persidangan dan bengkel untuk pegawai dan petani serta mengurus peryertaan menghadiri perkara tersebut oleh pihak penganjur lain.

Pengurusan kelompok.