ADUAN DAN MAKLUMBALAS

SELAMAT DATANG KE SISTEM PENGURUSAN ADUAN, PERTANYAAN, CADANGAN  DAN PENGHARGAAN JABATAN PERTANIAN NEGERI PAHANG

Jabatan Pertanian Negeri Pahang mengalu-alukan sebarang maklum balas, cadangan dan pertanyaan mengenai peranan, fungsi dan perkhidmatan seperti perkara yang berikut:

  • Bantuan Khidmat Nasihat Pertanian
  • Bantuan Khidmat Teknikal Pertanian (Tanaman, Penyakit & Perosak, Pengurusan Tanah, Kejuruteraan Pertanian dan Racum Makhluk Perosak Serta Baja
  • Permohonan Peruntukan Pertanian
  • Permohonan Kursus Dan Latihan
  • Permohonan Pengesahan Milikan Tanah (Pembaharuan Lesen Senjata Api)
  • Permohonan Tenaga Buruh Pertanian
  • Program Sambung Belajar Ke Jepun
  • Perkhimatan Bajak
  • Permohonan Persijilan Ladang mgGAP dan myOrganic
  • Aduan Pelanggan

Sebarang aduan dan maklumbalas sila layari: https://pahang.spab.gov.my/eApps/sdmscasepool/SdmsCasePool/add.do

ADUAN BERKAITAN KAKITANGAN

1. APA ITU JENAYAH RASUAH

  • Apa-apa penerimaan atau pemberian suapan sebagai dorongan atau upah untuk seseorang kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. 
  • Suapan terdiri daripada wang, hadiah, harta, bonus, diskaun, komisen, jawatan, kontrak pekerjaan, perkhidmatan dan lain-lain tafsiran di bawah Seksyen 3 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009)
2. KESALAHAN RASUAH

 

  • Akta SPRM 2009 memperuntukkan kesalahan rasuah :
    1. Meminta atau menerima suapan di bawah Seksyen 16 dan 17 (a) Akta SPRM 2009;
    2. Menawar atau memberi suapan di bawah Seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009;
    3. Mengemukakan tuntutan palsu di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009;
    4. Menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan pegawai badan awam di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
  • Sabit kesalahan boleh dikenakan penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang daripada 5 kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi di bawah Seksyen 24 Akta SPRM 2009.
SEBARANG SALURAN ADUAN BOLEH MELALUI: