Kursus Pegawai adalah latihan seorang penjawat awam untuk menjamin kakitangan berilmu, berkemahiran  dan mempunyai tahap kompetansi yang tinggi. Setiap kakitangan Jabatan Pertanian Negeri Pahang diwajipkan mengisi buku rekod kehadiran suatu latihan didalam K-SKORKAD. Penggunaan K-SKORKAD merupahan arahan Ketua Setiausaha Pertajnian Dan Industri Makanan sendiri supaya pematuhan sekurang-kurangnya 7 hari berkursus kakitangan dipatuhi.

Setiap K-SKORKAD perlu dilengkapkan oleh kakitangan dan akan dipantau oleh Ketua Bahagian atau Pegawai Pertanian daerah secara berkala. Rekod berkala akan diambil oleh Bahagian Latihan Teknikal dan diselaraskan oleh Seksyen Latihan Pegawai & Petani.

Kursus Petani merupakan kursus yang diajurkan oleh Jabatan Pertanian Negeri Pahang dan diselaraskan oleh Bahagian Pengembangan Dan Industri Asas Tani. Kursus ini dipecahkan kepada 2 bahagian:

1. Kursus Petani – Anjuran Pejabat Pertanian Daerah

2. Kurus Petani – Anjuran Ibu Pejabat Jabatan Pertanian Negeri Pahang

Sebarang pertanyaan berkaitan kursus boleh melalui Ibu Pejabat Jabatan Pertanian Negeri Pahang atau terus kepada mana-mana Pejabat Pertanian Daerah yang berdekatan dengan kediaman.

Latihan anjuran Jabatan Pertanian Negeri Pahang melibatkan petani terutamanya dalam bidang tanaman mahupun industri makanan (IAT). Latihan anjuran Jabatan Pertanian Negeri Pahang ini merupakan latihan bersiri dan melibatakan penyertaan yang terhad. Pemilihan peserta dibuat secara terbuka.

1
2
3