Aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah : Memberi khidmat nasihat / bimbingan kepada pelanggan yang meliputi semua bidang teknikal pertanian seperti khidmat nasihat pertanian, diagnostik masalah tanaman, analisa makmal, perundingan pelaburan pertanian dan sebagainya. Menyelesaikan masalah-masalah teknikal dan pembangunan pertanian. Memberi penerangan / penjelasan mengenai program-program Jabatan Pertanian dan program kerajaan yang lain.  Perkongsian maklumat-maklumat pertanian terkini pertanian termasuk melibatkan bidang industri asas tani.