Skip to content
hv2
  • INFO JABATAN
    • PERUTUSAN PENGARAH
    • LATAR BELAKANG JABATAN
    • CARTA ORGANISASI
    • VISI, MISI, OBJEKTIF DAN FUNGSI
    • LAGU RASMI
    • PIAGAM PELANGGAN
      • PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN
    • PERKHIDMATAN
      • PERKHIDMATAN KHIDMAT NASIHAT
      • PERKHIDMATAN TEKNIKAL
      • KURSUS DAN LATIHAN
      • SKIM DAN PERSIJILAN
      • e-PERKHIDMATAN
      • APLIKASI MUDAH ALIH
  • PENERBITAN
    • GALERI
    • KERATAN AKHBAR
    • AKTIVITI / BERITA
  • HUBUNGI KAMI
    • BORANG CADANGAN ATAU PERTANYAAN
    • ADUAN DAN MAKLUMBALAS
    • ALAMAT PEJABAT PERTANIAN
    • SOALAN LAZIM
    • DASAR PRIVASI
Apa Itu myGAP
Apa Itu myOrganic
Apa Itu myGAP

PENGENALAN

myGAP merupakan singkatan kepada Malaysia Good Agruculture Practice yang mula dirangka Jabatan Pertanian pada tahun 2002. Persijilan ini untuk memberi pengiktirafan kepada ladang-ladang yang mengamalkan APB berkonsepkan mesra alam sekitar, menjaga kebajikan dan keselamatan pekerja bagi menghasilkan produk yang berkualiti, selamat dan sesuai dimakan. myGAP merupakan penjenamaan semula bagi menggantikan Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM). Skim ini dibangun berpandukan Malaysian Standard MS 1784:2005 Crop Commodities – Good Agricultural Practice (GAP).

AMALAN PERTANIAN BAIK (APB)

Satu sistem pengurusan sumber di dalam pengeluaran pertanian secara baik dan lestari. Sistem ini dapat meningkatkan produktiviti ladang serta menghasilkan makanan yang selamat dan berkualiti dengan mengambilkira kebajikan, keselamatan dan kesihatan pekerja serta memelihara alam sekitar.

OBJEKTIF

  • Sebagai satu alat bantuan dalam Sistem Pengembangan Tekno Pertanian (SPTP) Jabatan Pertanian.
  • Menjadi amalan pengusaha di dalam menjalankan aktiviti di ladang supaya menghasilkan keluaran segar yang lebih berkualiti dan selamat untuk dimakan.

Apa Itu myOrganic

PENGENALAN

Penjenamaan semula Skim Organik Malaysia (SOM) dalam memberi pengiktirafan kepada ladang yang diusahakan secara organik berpandukan Malaysian Standard MS 1529:2015 Plant-based organically produced foods-requirements for production, processing, handling, labelling and marketing (First Revision).

OBJEKTIF

  • Sebagai alat atau teras kepada Sistem Pengembangan Tekno Pertanian (SPTP) Jabatan Pertanian.
  • Menjadi amalan pengusaha di dalam menjalankan aktiviti di ladang supaya menghasilkan keluaran organik yang lebih berkualiti dan selamat untuk dimakan
  • Menghasilkan produk-produk pertanian yang dijamin berkualiti dan selamat dimakan (bebas daripada racun makhluk perosak dan logam berat)
 
KELEBIHAN
  • Memelihara alam sekitar.
  • Keselamatan serta kebajikan pekerja ladang terjamin.
  • Meningkatkan produktiviti pengeluaran.
  • Hasil pertanian mudah dikenali dan dapat bersaing di pasaran domestik dan antarabangsa.

 

Terma Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian

Hakcipta Terpelihara 2020 © JABATAN PERTANIAN NEGERI PAHANG
Sesuai dipaparkan menggunakan IE 8.0, Mozilla Firefox 3.0, Chrome 9.0 & ke atas dengan menggunakan resolusi 1024 x 768 

Tarikh Dikemaskini : 21-05-2023  |  06.20am

privasi

Hubungi Kami

JABATAN PERTANIAN NEGERI PAHANG
Tingkat 6 & 7 Kompleks Tun Razak, Bandar Indera Mahkota,
25990 Kuantan, Pahang
Emel: agri[at]pahang[dot]gov[dot]my