Skip to main content

Info Jabatan

Visi & Misi

Visi

Ke arah mewujudkan industri pertanian yang berdaya saing, pengeluaran produk berkualiti, selamat dan mesra alam serta berorientasi eksport.

Misi

Memberi perkhidmatan berkualiti dan berkesan kepada pengusaha-pengusaha pertanian melalui pengamalan teknologi terkini dan khidmat regulatori pertanian untuk meningkatkan daya pengeluaran serta memastikan keselamatan sektor pertanian negara.

Perkhidmatan Teras

  • Memberi khidmat pengembangan dan pembangunan pertanian melalui pemindahan teknologi berteraskan Amalan Pertanian Baik di sepanjang rantaian nlai bagi meningkatkan pengeluaran dan pendapatan serta memastikan pengeluaran bahan makanan yang mencukupi, berkualiti dan selamat dimakan; dan
  • Perkhidmatan regulatori & menguatkuasa akta-akta yang menjaga keselamatan dan kualiti makanan serta melindungi Industri Pertanian Negara dari ancaman perosak dan penyakit dari luar serta memudahkan perdagangan antarabangsa.

Misi Perkhidmatan Pelanggan

"ANDA KAMI UTAMAKAN"