Skip to main content

Perkhidmatan

Aplikasi Mudah Alih

Leaf Color Chart (LCC) Padi

LCC (Leaf Color Chart) atau Carta Warna Daun dibangunkan oleh IRRI (Philrice) dari Japanese prototype bagi mengukur keperluan Nitrogen (N) bagi tanaman padi mengikut keperluan di sawah.

Intensiti warna daun adalah berkait rapat dengan kandungan klorofil dan status Nitrogen (N) daun. Inovasi Aplikasi LCC Padi diilhamkan apabila ramai petani yang berminat untuk mendapatkan dan membeli LCC untuk mengukur tahap nitrogen di dalam daun di sawah masing-masing. Aplikasi LCC Padi diperkenalkan dan dicipta bagi memudahkan petani dan pegawai di lapangan mendapatkan data status nitrogen daun padi serta mengetahui tahap keperluan baja dan membantu petani mengurangkan penggunaan baja nitrogen berpandukan status semasa nitrogen pada daun.

Aplikasi LCC Padi ini adalah percuma dan dilengkapi dengan dwibahasa dan boleh dimuat turun melalui Google Play Store.

AgriMaths

AgriMaths adalah salah satu aplikasi mudah alih yang dibangunkan di bawah projek e-Agriculture Extension. Ia adalah inisiatif Jabatan Pertanian Malaysia bagi mentransformasikan perkhidmatan pengembangan pertanian melalui platform mudah alih untuk capaian yang cepat, mudah, tanpa mengira masa dan tempat di mana anda berada.

Aplikasi ini adalah adaptasi daripada buku ‘Asas Matematik Pertanian’ terbitan Jabatan Pertanian Malaysia. Ia menampilkan maklumat pengiraan untuk tanaman sayur-sayuran, serta tanaman singkat masa, buah-buahan, padi, kelapa, cendawan, lebah madu dan kelulut, baja, racun makhluk perosak, kejuruteraan pertanian, fertigasi dan aliran kewangan. Ia sesuai digunakan sebagai sumber rujukan dan panduan pantas kepada pegawai pengembangan pertanian mahupun usahawan tani. Ia juga sangat mudah untuk digunakan, mesra pengguna dan boleh dicapai melalui telefon pintar.

Muat turun sekarang dan dapatkan aplikasi mudah alih anda secara percuma!

100 Tip Tanaman

100 Tip Tanaman adalah salah satu aplikasi mudah alih yang dibangunkan di bawah projek e-Agriculture Extension. Ia adalah inisiatif Jabatan Pertanian Malaysia bagi mentransformasikan perkhidmatan pengembangan pertanian melalui platform mudah alih untuk capaian yang cepat, mudah, tanpa mengira masa dan tempat di mana anda berada.

Aplikasi ini menampilkan 100 tip dan petua tanaman yang diolah secara ringkas dan padat. Ia sesuai digunakan sebagai sumber rujukan dan panduan pantas untuk semua peringkat umur. Ia juga sangat mudah digunakan, mesra pengguna dan boleh dicapai melalui telefon pintar.

Muat turun sekarang dan dapatkan aplikasi mudah alih anda secara percuma!