Skip to main content

Aktiviti & Sumber

Soalan Lazim

Ibu Pejabat

Apakah email rasmi Jabatan Pertanian Negeri Pahang

Email rasmi Jabatan Pertanian Negeri Pahang ialah Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Apakah no operator Jabatan Pertanian Negeri Pahang

No. operator Jabatan Pertanian Negeri Pahang adalah 09-5733133

Pejabat Pertanian Daerah

Bagaimanakan Kaedah Permohonan Pekerja Asing Bidang Pertanian?

Permohonan pekerja asing perlu melalui beberapa peringkat seperti carta alir dibawah :-

  1. Melakukan permohonan online
  2. Mengambil borang permohonan di mana-mana Pejabat Pertanian Daerah berdekatan. Borang berkenaan perlu dilengkapkan oleh pemohon.
  3. Hantar kembali borang permohonan kepada Pejabat Pertanian Daerah
  4. Urusan siasatan akan dilakukan oleh Pejabat Pertanian Daerah
Bagaimanakah cara menjadi peserta Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) dalam Negeri Pahang

Bakal pesert boleh mendapatkan borang permohonan di mana-mana Pejabat Pertanian Daerah yang berhampiran. Atau click pautan yang disediakan seperti di bawah.

Aduan

Bagaimana cara membuat aduan kepada Jabatan Pertanian Negeri Pahang

Aduan kepada Jabatan Pertanian Negeri Pahang boleh dibuat melalui pautan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA Pahang).

Permohonan bantuan daripada Jabatan Pertanian Negeri Pahang

Kaedah Permohonan

Setiap permohonan samada berkaitan tanaman dan hiliran pertanian (IAT) perlu melalui Pejabat Pertanian Daerah yang berkaitan (dalam daerah projek pertanianyang diusahakan).

Pemohon juga perlu membawa dolumen lengkap seperti salinan kad pengenalan, dokumen tanah terkini (geran, salinan geran, dokumen sewaan/pajakan/surat kenenaran guna tanah).

Mengisi borang permohonan yang akan disediakan oleh kakitangan. Projek tanaman/ IAT akan di lawat bagi kerja-kerja pengesahan.

Permohonan akan disaring mengikut syarat dan peruntukan dari Jabatan Pertanian Negeri Pahang.

Setiap permohonan yang berjaya akan dipantau berterusan status penggunaan bantuan jabatan.

Apa itu Persijilan Pertanian oleh Jabatan Pertanian Negeri Pahang.

Pengenalan
Merupakan pengiktirafan terhadap ladang yang mengamalkan amalan pertanian baik (Good Agricultural Practices) telah diguna pakai di peringkat global dengan menggunakan akronim GAP. Contohnya GLOBALGAP, ChinaGAP, NZGAP, IndiaGAP, KenyaGAP, JGAP, ThaiGAP, PhilGAP, IndoGAP dan di Malaysia dikenali sebagai myGAP.
myGAP mengutamakan empat (4) prinsip dalam perlaksanaannya iaitu:
i. Keselamatan makanan
ii. Hasil berkualiti
iii. Pemeliharaan alam sekitar
iv. Keselamatan dan kebajikan pekerja

Manfaat
myGAP amat penting kerana pengeluaran hasil pertanian seperti sayur-sayuran dan buah-buahan yang dihasilkan adalah dijamin berkualiti dan selamat dimakan. Selain itu juga, keselamatan dan kebajikan pekerja diutamakan serta kelestarian alam sekitar dipelihara.
Sebenarnya banyak manfaat pensijilan myGAP bukan sahaja kepada pengguna malah kepada pengeluar/petani, alam sekitar dan pekerja ladang.
Antara manfaat kepada pengguna adalah:
i. Memberi pilihan kepada pengguna untuk mendapatkan hasil pertanian yang diyakini selamat dan berkualiti selain organik
ii. Tahap pengeluaran hasil adalah mengikut pengeluaran peringkat global/eksport dan mematuhi piawaian Standard Malaysia 1784:2005 Crop Commodities – Good Agriculture Practice (GAP)