Skip to main content

Perkhidmatan

Lesen Pengilangan Racun Makhluk Perosak

Pengenalan

Kaedah-kaedah ini bolehlah dinamakan Kaedah-Kaedah Racun Makhluk Perosak (Pelesenan bagi Pengilangan) 2019. Kaedah-kaedah ini mula berkuatkuasa pada Januari 2020.

Aktiviti pengilangan adalah termasuk :-

  1. Menyediakan
  2. Mensebatikan
  3. Merumuskan
  4. Mencampurkan
  5. Membuat
  6. Membungkus
  7. Membungkus semula
  8. Melabel
  9. Mengawetkan
Permohonan Bagi Lesen

Sesebuah syarikat yang menjalankan aktiviti pengilangan perlulah memohon Lesen Pengilangan Racun Makhluk Perosak yang dikeluarkan oleh pihak Lembaga. Permohonan bagi mendapatkan Lesen Pengilangan tersebut hendaklah dibuat secara bertulis kepada Lembaga dengan mengisi Borang A sebagaimana yang telah ditetapkan dan hendaklah disertakan dengan fi permohonan sebanyak RM 100.00 (satu ratus sahaja). Fi permohonan hendaklah dibayar kepada “Ketua Pengarah Pertanian Semenanjung Malaysia”, dalam bentuk bank draf. Lesen yang dikeluarkan adalah sah dalam tempoh tiga (3) tahun dari tarikh lesen dikeluarkan. Pembaharuan lesen hendaklah dibuat tiga (3) bulan sebelum tarikh tamat tempoh lesen.

Perlesenan Bagi Pengilangan
  1. Lesen ini diberikan kepada pemegang lesen untuk menjalankan aktiviti pengilangan racun makhluk perosak setelah pihak syarikat mempunyai Lesen Penjualan dan Penyimpanan untuk Penjualan Racun Makhluk Perosak.

  2. Melainkan jika dibatalkan atau digantung terlebih dahulu, lesen ini adalah sah selama tempoh tiga (3) tahun dari tarikh lesen dikeluarkan.

  3. Lesen ini tidak boleh dipindah milik.

  4. Lesen ini hendaklah dipamerkan di tempat yang mudah dilihat oleh pegawai yang diberi kuasa.

  5. Jika lesen ini hilang, rosak atau cacat pemegang lesen hendaklah melaporkan perkara itu kepada Lembaga Racun Makhluk Perosak dan memohon untuk penggantiannya dengan membayar fi yang telah ditetapkan.

  6. Lembaga boleh menghendaki pemegang lesen yang memohon untuk pembaharuan lesen menghadiri kursus yang bersesuaian dari semasa ke semasa bagi memastikan bahawa pemegang lesen itu terus memenuhi kehendak teknologi yang berubah dan mempunyai tahap kekompetenan dan kebolehan yang berterusan dalam aktiviti pengilangan racun makhluk perosak secara selamat dan betul.

  7. Lembaga Racun Makhluk Perosak boleh, sebagai tambahan kepada syarat-syarat lesen pengilangan, mengenakan apa-apa syarat yang lain yang difikirkannya perlu.
Senarai Fi Permohonan Lesen
BIL. PERKARA FI (RM)
1. Permohonan Baru RM 100.00
2. Permohonan Membaharui RM 100.00
3. Permohonan Salinan Lesen Yang Hilang RM 100.00
4. Permohonan Salinan Lesen Yang Rosak / Cacat RM 50.00
Pegawai Penghubung

Nama :
1. Tuan Syed Abdul Hakim bin Syed Majid
2. Encik Sugan a/l Perumal
3. Encik Nazhari bin Samsudin
4. Encik Ahmad Saifudeen bin Mohd Salleh Ghazali

No. Telefon : 03-2030 1400
No. Faks : 03-2994 7001
Alamat : Bahagian Kawalan Racun Perosak & Baja
Jabatan Pertanian,
Tingkat 4-6 Wisma Tani,
Jalan Sultan Salahuddin,
50632 Kuala Lumpur.