Skip to main content

Perkhidmatan

Pendaftaran Baru / Semula Racun Makhluk Perosak

Pengenalan

Permohonan untuk Pendaftaran Baru / Semula Racun Makhluk Perosak hendaklah dibuat kepada Lembaga Racun Makhluk Perosak melalui Borang A.

Permohonan yang berasingan hendaklah dibuat bagi racun makhluk perosak yang berlainan.

Pertubuhan perbadanan yang mengemukakan sesuatu permohonan kepada Lembaga untuk Pendaftaran Baru / Semula Racun Makhluk Perosak hendaklah sebuah syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125].

Bayaran Permohonan

Bayaran bagi permohonan untuk Pendaftaran Baru / Semula Racun Makhluk Perosak ialah RM1,500.00 dan dibayar semasa permohonan dibuat. Bayaran permohonan yang dibayar tidak boleh dikembalikan.

Bayaran Pendaftaran

Bayaran bagi Pendaftaran Baru / Semula Racun Makhluk Perosak mengikut kelas yang diperuntukkan bagi racun makhluk perosak sebagaimana yang ditetapkan dalam subperenggan 4(j)(i) Peraturan-Peraturan Racun Makhluk Perosak (Pelabelan) 1984 [P.U. (A) 251/1984] seperti yang berikut :

  1. RM3,500.00 bagi racun makhluk perosak Kelas 1a dan Kelas 1b;
  2. RM2,000.00 bagi racun makhluk perosak Kelas II;
  3. RM1,000.00 bagi racun makhluk perosak Kelas III; dan
  4. RM500.00 bagi racun makhluk perosak Kelas IV.

dan perlu dibayar sebelum perakuan pendaftaran dikeluarkan.

Pegawai Penghubung

Nama : Puan Haslina Binti Mohd Saleh
No. Telefon : 03-2030 1489
No. Faks : 03-2691 7551
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Alamat : Bahagian Kawalan Racun Perosak dan Baja
Jabatan Pertanian,
Tingkat 4-6 Wisma Tani,
Jalan Sultan Salahuddin,
50632 Kuala Lumpur.

Nama : Encik Malek Bin Haron
No. Telefon : 03-2030 1494
No. Faks : 03-2691 7551
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Alamat : Bahagian Kawalan Racun Perosak dan Baja
Jabatan Pertanian,
Tingkat 4-6 Wisma Tani,
Jalan Sultan Salahuddin,
50632 Kuala Lumpur.