Skip to main content

Perkhidmatan

Skim Pensijilan Amalan Pertanian Baik Malaysia (myGAP)

Pengenalan

myGAP (Malaysia Good Agricultural Practices / Skim Pensijilan Amalan Pertanian Baik Malaysia) adalah skim pensijilan yang dirangka dan dilaksanakan sejak tahun 2002 oleh Jabatan Pertanian untuk mengiktiraf ladang yang mengamalkan amalan pertanian baik bagi mengeluarkan makanan yang selamat dan berkualiti, menjaga keselamatan alam sekitar, serta menjamin keselamatan dan kebajikan pekerja.

Objektif:
Meningkatkan bilangan petani supaya mengamalkan amalan pertanian baik dan diberi pengiktirafan supaya menghasilkan pengeluaran ladang yang selamat dan berkualiti di samping memelihara alam sekitar serta menjaga keselamatan dan kebajikan pekerja.

Kelebihan
  • Pengurusan ladang yang lebih cekap
  • Mengeluarkan hasil ladang yang dijamin selamat dan berkualiti
  • Produktiviti dan pengeluaran meningkat
  • Meningkatkan peluang untuk ke pasaran eksport
  • Boleh menggunakan logo myGAP dan nombor pensijilan myGAP bagi tujuan promosi hasil ladang dan meningkatkan keyakinan pengguna
  • Menyumbang dalam kelestarian alam sekitar
  • Keselamatan dan kebajikan pekerja terjaga
  • Penjimatan dengan menggunakan sumber dari dalam ladang sebagai bahan pembajaan
  • Penggunaan racun makhluk perosak yang kurang dan menjimatkan kos
Cara Memohon

Jenis Tanaman/Ladang Yang Boleh Dipersijilkan
Terdapat tiga (3) skop pensijilan myGAP iaitu:

  1. Tanaman (myGAP)
    1. Hasil adalah bertujuan untuk dimakan oleh manusia dan haiwan seperti sayur-sayuran, buah-buahan termasuk pengeluaran makanan untuk haiwan seperti napier dan jagung bijirin, atau
    2. Hasil adalah untuk tujuan penyediaan makanan secara fizikal dan/atau bersentuhan dengan makanan seperti daun pisang, daun buluh, daun palas, buluh.

  2. Tanaman Bukan Makanan (myGAP.TBM)
    1. Hasil bukan tujuan dimakan oleh manusia dan haiwan, atau
    2. Hasil bukan tujuan untuk penyediaan makanan secara fizikal dan/atau bersentuhan dengan makanan.
      Contoh : Florikultur atau tanaman hiasan.

  3. Pemeliharaan Lebah dan Kelulut (myGAP.AM)

  4. Untuk ladang lebah dan kelulut yang mengamalkan Amalan Pertanian Baik.
Kriteria Permohonan
  1. Kategori pemohon adalah seperti berikut:
    • Persendirian
    • Syarikat Swasta
    • Agensi/Badan Berkanun

  2. Pemohon hendaklah memastikan:
    • Tanah/tapak yang diusahakan sah di sisi undang-undang.
    • Skop tanaman dan tanaman bukan makanan: Ladang telah mula bertanam dan mengeluarkan hasil.
    • Skop pemeliharaan lebah dan kelulut: Minimum 10 haif aktif (70 ekor/minit fly-in and fly-out).
    • Hasil yang dikeluarkan adalah bertujuan untuk jualan domestik atau eksport.

  3. Persediaan awal bagi pemohon yang berminat hendaklah memastikan:

Borang Permohonan
Borang permohonan hendaklah diisi mengikut skop yang ingin dimohon. Permohonan yang telah lengkap berserta lampiran yang diperlukan hendaklah dikemukakan kepada Pejabat Pertanian Daerah yang berdekatan.

Sila isi menggunakan borang permohonan mengikut skop yang diminta:

Kadar Caj Perkhidmatan

Penyertaan skim ini adalah secara sukarela dan perkhidmatan yang diberikan adalah secara PERCUMA.

Proses Pensijilan

Carta Alir Pensijilan
Proses pensijilan mengikut skop yang dimohon adalah seperti berikut:

  • Skop Tanaman Makanan (myGAP 14-1)
  • Skop Tanaman Bukan Makanan (myGAP.TBM 14-1)
  • Skop Pemeliharaan Lebah dan Kelulut (myGAP.AM 14-1)


Syarat Kelulusan

Pemohon mesti lulus ketiga-tiga perkara berikut iaitu:

  • Pemeriksaan Tapak
  • Analisis hasil bagi residu racun makhluk perosak, logam berat (jika diragui) dan mikrobial
  • Audit amalan ladang
Sah Laku Sijil & Pembaharuan Sijil

Sijil dan Tempoh Sah Laku
Pemohon yang berjaya akan diberikan sijil dan tempoh sah laku pensijilan adalah seperti berikut:

  • Skop Tanaman Makanan dan Skop Pemeliharaan Lebah dan Kelulut: Dua (2) tahun
  • Skop Tanaman Bukan Makanan: Satu (1) tahun bagi kali pertama, dan pembaharuan adalah dua (2) tahun

Pemohon yang berjaya boleh menggunakan logo dan nombor pensijilan untuk tujuan promosi pada pembungkus hasil atau tujuan pengiklanan.

Pemantauan
Pemantauan berkala akan dijalankan sekurang-kurangnya satu (1) tahun sekali oleh pihak Jabatan Pertanian.

Pembaharuan Sijil

Pemohon perlu mengemukakan permohonan pembaharuan dalam tempoh enam (6) bulan sebelum tamat tempoh sahlaku sijil menggunakan borang mengikut skop seperti berikut:

  • Skop Tanaman Makanan (myGAP 11-1B)
  • Skop Tanaman Bukan Makanan (myGAP.TBM 11-1B)
  • Skop Pemeliharaan Lebah dan Kelulut (myGAP.AM 11-1B)

Permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan kepada Pejabat Pertanian Daerah yang berdekatan.

Syarat Pembaharuan
Pemohon mesti lulus perkara berikut iaitu:

  • Analisis hasil bagi residu racun makhluk perosak, logam berat (jika diragui) dan mikrobial
  • Audit amalan ladang

Pemohon hendaklah memastikan sama seperti peringkat awal permohonan iaitu:

Pembatalan Sijil
Pengiktirafan myGAP boleh ditarik balik atas sebab seperti berikut:

  • Tidak memperbaharui sijil setelah tamat tempoh.
  • Jika dalam tempoh tersebut ladang itu didapati gagal mematuhi syarat yang ditetapkan.
  • Menyalahgunakan sijil dan logo myGAP dalam apa jua cara.
Senarai Penerima Sijil

Senarai penerima sijil adalah seperti berikut:

  • Skop Tanaman Makanan
  • Skop Tanaman Bukan Makanan
  • Skop Pemeliharaan Lebah dan Kelulut
Khidmat Perunding/Pembimbing Persendirian

Pengusaha juga mempunyai pilihan untuk mendapatkan khidmat perundingan/bimbingan persendirian bagi memohon pensijilan myGAP skop tanaman makanan. Caj untuk perkhidmatan perundingan ini adalah tertakluk kepada persetujuan antara kedua-dua pihak (Pengusaha dan Perunding).

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh hubungi :

Urusetia
Seksyen Pensijilan Ladang
Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman
Jabatan Pertanian,
Aras 7, No. 30, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62624 Putrajaya.

No. Tel : 03-8870 3597 / 3570 / 3566 / 3193 / 3580 / 3587 / 3450 / 3569 / 3446 / 3454
No. Faks : 03-8888 7639
Emel : mygapmyorganic[at]doa[dot]gov[dot]my